beratnya DOSA!

Advertisements

MUROBBI ITU…

MUROBBI ITU

[MUROBBI ITU]

kadang kte hilang tsiqohnya pd murobbi itu, hny kerana ‘dia’ terlewat hadir ke halaqah.
walhal kita tak tahu,
berlarian ‘dia’ mencari tiket,
menanti bas tak kunjung tiba,
berkejaran bila bas mampir stelah 3jam menanti.
KITA TAK TAHU..

kadang kte hilang tsiqohnya pd murobbi itu, hny kerana ‘dia’ terpejam seketika ketika halaqah.
walhal kita tak tahu,
seharian ‘dia’ berusaha tiba ke halaqah tepat pd waktunya,
sepetang ‘dia’ berkejaran pulang dari mengisi di 1 medan lain.
KITA TAK TAHU..

kadang kita hilang tsiqohnya pd murobbi itu, hny kerana ‘dia’ terlepas beberapa due.
walhal kita tak tahu,
berhari-hari ‘dia’ berusaha menyusun waktunya bagi memberikan hasil yg terbaik,
semalaman bersengkang mata menyiapkan task lain yg mungkin lebih urgent,
mengemaskini kerja hasilnya agar dpt memudahkan urusan pelapis setelahnya.
KITA TAK TAHU..

istighfar duhai ukht.
tidak perlu nantikan ‘cerita pengorbanan’ murobbi itu.
cukup nantikan hadirnya ‘dia’ di sisi,
dengan senyuman yg masih tersisa,
mengisi iman yg separa bisu.
BERSYUKURLAH KITA MASIH PUNYA MUROBBI.
syurga ada di hujung sana.
tiada kata henti selagi belum terjejak di syurga yg dinanti :’)

Allahu,
redhailah perjuangan seluruh daei yg ikhlas mengabdikan diri padaMu.

salam sayang, AIMI SUHAIMI.

AKU BUKAN MALAIKAT!

bila hati bermaksiat,

iman tersiat.

jangan harapkan cahaya mendekat,

kerana maksiat itu bukan ubat.

ubat sebenar utk melihat cahaya terang dari Rabb terhebat,

hny lah kefahaman dan keikhlasan dalam berbuat

mohon ampun dunia dan akhirat,

agar dosa yang pernah terpahat,

menggugur ke bumi, dek sebenar benar taubat.

duhai sahabat,
aku bukan malaikat,
yang suci dari maksiat,
iman pun masih banyak karat.
kadang terpancit dan terpenat
sampai rasa nak berehat
tapi itu bukan solusi terhebat
yang ku butuh, hanya nasihat!
agar aku terus kuat
mengabdikn diri pada Dia, pemilik dunia dan akhirat!

tersenyumlah selagi punya upaya,
menangislah selagi punya air mata,
bersabarlah selagi punya kekuatan,
asif jiddan atas segala perbuatan.

milik Allah segala keampuanan dan kemaafan. 

CERMINAN BERKUASA TINGGI

ImageEhem!

180 darjah.

Kau tahu?

Aku tahu.

Kau tahu yang aku tahu bahawasanya kau tahu?

Kau tahu tentang cerita cermin ni.

Cuma,

Kau saja saja buat tak tahu. *-.-‘

Dulu aku jahil.

Kau tahu kan ?

Kau yang betulkan aku semula kan ?

Kau yang terapikan jiwa aku kan ?

Kau tahu.

Tapi sekarang,

180 darjah!

Kau tahu kan ?

Aku cuba betulkan kau semula sepertimana kau betulkan aku dulu?

Aku cuba terapikan jiwa kau sepertimana kau terapikan jiwa aku dulu.?

Kau tahu.

Percayalah.

Inilah cerminan dari Allah.

Kau tegur aku dulu, utk aku tegur kau harini

Dan aku tegur kau harini, utk kau tegur aku esok

Kenapa perlu tegur?

Kerana kita manusia

Dan manusia itu pelupa.

Yang perlu hanyalah,

JANGAN SOMBONG SEBELUM MENERIMA.

JANGAN BONGKAK SETELAH MEMBERI

Salam Sayang, AIMI SUHAIMI

PENGHARAPAN

Aku tak petah berpuisi,

Sekadar menyampaikan yg terbuku dihati

Agar hati mereka juga terisi

Kerana aku tahu,

Aku tidak punya suatu apa pun

Utk aku nukilkan buat saudara-mara ku

Yang aku harap

Bukannya sampah sarap

Cukup sekadar menjadi seorang insan yang terus mengharap

Mengharapkan kekuatan sebelum Menghadap.

Menghadap Tuhan di tengah gelap.

salam sayang, AIMI SUHAIMI.

CYMERA_20130612_021603
kadang kita rasa,
kita tak mampu..
di bebani dengan kerja dunia,
di tambah pula dengan kerja dakwah,
di tekan lagi dengan masalah konflik diri..
tambah tambah lagi, nak menguruskan habluminallah wa habluminannas.

“aku serabut! rasa nak bunuh diri!!”
“rasa nak botakkan kepala, biar ringan skit tension semua”
“huarghhhhhhh..!!!!!!” *tariktarik rambut.

ohoy,
ingat lah..
dan Allah tidak menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
chillox bebeh..

yang penting,
Allah is enough for us 😉
kerana solusi pada sesuatu masalah hanya ada pada sang pencipta masalah..
jadi,
adukan segalanya pada Dia..

demonstrasi 'BERSIH' iman!

bersih bersih bersih.. jom kasi sental iman sampai berkilat 😀

quote creditted to : umairzulkefli.blogspot.com